Klik2 TaBuNg UnTuK HaZiM n HaZmi

Pengikut

Jumaat, 2 Oktober 2009

Botak Yang Comey

Sebenarnya nak citer sal Hazmi yg dah botak... tapi lupa lak mama nak ambil gambar masa wan botakkan Hazmi.
24 September 2009
Barulah aku botakkan Hazmi lepas dah 4 bulan dia lihat dunia. Kat Johor susah sgt nak cr org untuk botakkan kepala budak. Lastly ms balik beraya kat Baling baru ni, barulah aku sempat botakkan Hazmi. Kan main semangat wan nak botakkan Hazmi sampai p bl pisau cukur yg baru. Nak dijadikan citer ms wan pegang jer pisau tu Hazmi terus melalak. Papa nyer bukan main pujuk tapi x jalan. Asal wan pegang jer pisau start nangis... Akhirnya tertidur kat bahu papa.
Dah Hazmi tido barulah wan mula kan sesi membotakkan kepala...
dah siap botakkan separuh Hazmi dah bangun. Per la nangis balik... dan cukur separuh wan sambung jer sampai habis cuma yg klakar nyer sebelah cantik sebelah lg boleh je la...
dah hbs sumer rambut nampak comel la plak Hazmi yg dah botak.
So kat bawah ni aku bg la gambar Hazmi sebelum dan sesudah botak.
Hazmi di pagi raya.
Hazmi di pagi raya ke 2

Hazmi yg dah botak.

28 September 2009
Aku start ngajar dan petang kena bw Hazmi p klinik utk monthly checkup. Sekarag Hazmi dah 7.3kg... Cuma yg aku pelik ni Hazmi leh sama berat ngan abg Hazim ms 4 bulan.. sama2 7.3kg... Kan per aku pelik sebab ms kuar Hazmi 2.55kg tp abg Hazim 3.81kg. Rasanya Hazmi yg cepat membesar kot. Pe2 pun yg penting Hazmi ngn Hazim sihat.
Ni aku nak citer sket ms p klinik petang tu. Dah jd rutin masa timbg tu ada nurse yg tolong. tiba2 dia kata " kak, anak akak ni cam Ipin lah, cuba akak bl baju Upin Ipin dan bg dia pakai, Sama sangat" Ni mesti kes hazmi yg botak...
Bila jumpa nurse lain pun sumer tanya nape licin sgt. tak terjawab aku just senyum jer la..

.....Smoga anak2 mama sihat sokmo.....








Tiada ulasan:

Kalau dah singgah Jangn Lupa Tinggalkan link/URL blog korang kat bawah..... Senang tuan blog ni nak wat kunjungan balas.......

~~Jom Tukar Link ~~