Klik2 TaBuNg UnTuK HaZiM n HaZmi

Pengikut

Selasa, 13 September 2011

Selamat Menjawab dengan tenang

Hari ni hari pertama UPSR bagi tahun 2011....  Murid2 tahun 6 dah pun selamat menjawab kertas Bahasa Melayu pemahaman jam 8.15 sehingga 9.05 pagi tadi.... Sekarang mereka sedang berjuang menjawab Bahasa Melayu penulisan bermula jam 9.45 sehingga lah 11.00 pagi nanti...

Menjadi kebiasan ada kelas yg dicutikan supaya keadaan lebih terkawal n sunyi... Dan yang paling best adalah cikgu tahun 1 kerana murid2 tahun satu dicutikan sehingga Khamis... manakala tahun 4 dan 5 dicutikan sehari sahaja secara berselang seli.... Disambung lagi dengan hari Jumaat cuti Hari Malaysia... lagi-lagi lah suka... :-)

Bagi cikgu2 tahun 6 dan cikgu2 yg tidak terlibat dengn sesi PnP... digalakkan berada di surau membaca Yassin semasa murid2 menjawab peperiksaan...


Kertas terakhir utk hari ini adalah Matematik kertas 2 pada jam11.45 pagi sehingga 12.25 tgh... Semoga semua murid yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ini dapat menjawab dengan jayanya.... Semoga mendapat keputusan yang dapat dibanggai oleh ibu bapa, guru dan diri sendiri...


Yang pasti hari ni ada kelas tambahan Matematik dan Bahasa Inggeris untuk next paper on wednesday n thursday... Cikgu yg over bersemangat... harap2 murid pun bersemangat sama... hanya sekali dalam seumur hidup kita menduduki UPSR...


Teringat masa nak exam upsr dulu mak pernah kata... Belajar lah bersungguh2... habis UPSR nak lompat sampai alang rumah lompat lah... tapi rasanya budak2 sekarang alang rumah pun depa tak tau... semua dok rumah tak dak alang...hhehe


Selamat maju jaya utk semua....




Kalau dah singgah Jangn Lupa Tinggalkan link/URL blog korang kat bawah..... Senang tuan blog ni nak wat kunjungan balas.......

~~Jom Tukar Link ~~