Klik2 TaBuNg UnTuK HaZiM n HaZmi

Pengikut

Isnin, 23 Julai 2012

perkembangan 20 minggu di bulan Ramadhan

hari ni dah pun genap 20 minggu.... syukur alhamdulillah dapat puasa  2 hari penuh.. tetapi kali ni memang mencabar... berapa kali masa dok masak tu kena stop n duduk jap coz pening n rasa nak muntah... nasib baik baby aktif bergerak... kalau dia diam jer risau juga... harap dapat puasa penuh sebulan dengan dikurniakan kesihatan yg baik... aamiin...

Hari selasa ada appoinment utk monthly check up... kat klinik gomen depan sekolah ja... petang ni plak perlu ke klinik Tampoi utk ambil resul GDM yg dah dibuat sebulan lalu... harap2 tak der yg tak baik... dah call pun nurse... katanya kalau ada kencing manis... nurse dah call utk follow up... harapnya petang nanti dapat result yg baik ajer... dah ambik petang tadi.... syukur alhamdulillah kali ni pregnant tak der kencing manis... tunggu lah bulan ke 7 nanti ada lagi check up utk kencing manis... kena lah minum air gula free lagi... aduyai...

Pada minggu ke 20....


Berdasarkan info dari laman web baby center, perkembangan baby pada waktu ni ialah :

Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi. Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik. 

Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertama akan muncul.

Anda mungkin telah bertambah berat badan antara 12 hingga 15 paun / 5.4 dan 6.8 kilogram. Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara konsisten, dengan purata lebih kurang setengah paun / 225 gram setiap minggu. Anda mungkin mengidamkan makanan tertentu dan anda mungkin menyedari yang lelehan vagina anda berlebihan (tapi tidak berdarah). Kedua ini adalah perkara normal dalam kehamilan.



kalau nak baca tentang perkembangan bayi dari minggu 1 hingga 40... boleh juga baca kat blog ni...
http://perkembanganjanin.blogspot.com atau kat sini juga http://www.ciklaili.com

Tiada ulasan:

Kalau dah singgah Jangn Lupa Tinggalkan link/URL blog korang kat bawah..... Senang tuan blog ni nak wat kunjungan balas.......

~~Jom Tukar Link ~~