Klik2 TaBuNg UnTuK HaZiM n HaZmi

Pengikut

Selasa, 30 Oktober 2012

Samsung Galaxy note II

dok terfikir2 nak citer ke tak nak
kang ada yg kata show off laks...
tapi nak juga tulis coz sbg kenangan aku kan

So terbeli semalam 29/10/2012
sebg hadiah belated..belated..belated birthday
my hubby
a present for him
dah 5 bln after birthday dia br dapat bg hadiah kan..
Price cam kat pasaran lah
tapi beli kat situ og gak coz
dia bg free casing n screen protector..

aku yg tak pandai sgt ni lebih baik guna android yg mesra alam kan..
tapi penggemar iphone mesti tertunggu2 iphone5..
anyway
yg penting org tersayang senang hati..
luv him so much

Faith @ The Great Doctor Episode 19

Sambung tengok lagi....
 
 
 

Ahad, 28 Oktober 2012

Segmen :Jom UP Follower Sampai 1000 ++

Hari ni tergerak hati nak join segmen ni anjuran blog Dunia Kecil Kami

mana lah tau lepas ni follower blog aku pun bertambah juga... heheheh
cara nak join segmen ni pun aku copy jer dari blog tuan punya...
Syarat2 nya...

1. Mesti follow blog ibu.. 
2. dan 'like' fanpage FB ( Sihat itu Menawan) ibu ye
3. Buat entry 'Segmen : Jom UP Follower Sampai 1000++'
4. Copy banner ibu  yg x comeii tu hehe
5. Tinggalkan link entry uollss kat komen sini ye

Tarikh tutup x tau lagi..

Ibu harap boleh menambahkan follower ibu hingga 1000++
 dan juga follower2 uoll yg join ni..

So kalau korang nak join juga jom klik kat link blog segmen ni...
Jom join ramai2...

Faith @ The Great Doctor Episode 17

Sambung tengok lagi....



Sabtu, 27 Oktober 2012

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

Semakin dekat semakin berdebar rasanya.... w/pun dah ada pengalaman melahirkan Hazim dan hazmi.. namun pengalaman untuk setiap anak berbezakan... kadang BH kontraksi menyerang... terasa macam masa makin dekat... beg semua dah siap sedia... harap2 semuanya berjalan lancar..

So bila terbaca info ni kat FB terasa nak syer lak... padahal sblm ngndung dulu pun der baca gak tapi tak terasa sangat nak syer... Betapa hebatnya insan mengelar wanita kan...

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
===========================

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Faith @ TheGreat Doctor episode 16

Khamis, 25 Oktober 2012

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1433H

Kepada semua umat islam saya mengucapkan....


ikut turn tahun ni beraya di rumah MIL... tapi masa dok menaip entry ni masih kat rumah Tmn Perling... Esok baru balik Gelang patah..


mood Rindu beraya di Baling, Kedah... dan yg pasti terbayang masakan yg best2 mak masak... dan paling tak leh lupa sup tulang kaki lembu... memang mabeles sesangat... tak der tandingan...

Semoga semua Jemaah haji mendapat haji yang mabrur................. Aamiin...........

Faith @ The Great Doctor Episode 14

peminat faith... nak tahu kesinambungan citer ni

jom sambung tengok lagi....



Rabu, 24 Oktober 2012

Happy 7th Birthday ~~Hazim Ikhwan

Hari ni genap Hazim berumur 7 tahun...  Diam tak diam dah pun nak masuk hujung tahun... Nanti cuti sekolah tahun depan Hazim dah pun darjah 2... Tak sangka dah besar rupanya ank mama... dan aku masih tercari2 cara untuk mendidik dan membesarkan Hazim supaya menjadi anak yg soleh dan orang yg berguna bila besar nanti...

Ekcelli Hazim minta aku sambut besday dia kat sekolah tapi tak dapat nak sampaikan hajat dia coz petang semlm balik lambat... pun sbb Hazim ada final year exam kat sek agama sampai kol 4.20... My hubby lak keje kol 3p.m... lagi2lah aku tak ke mana2 bila dah mkn sarat ni...

So bangun pagi tadi nyanyikan lagu birthday... kan main happy dia p sekolah... ceria n bersemangat... balik skul aku just celebrate 4 beranak kami jer...


Just bought a cake... dia yg pilih sendiri... pastu for the first time bagi dia mkn Tutti Frutti... Pilih sindiri per yg dia nak... tapi yg terlebih excited.. biasalah abg ngah.. am birthday dia laks... beli jjuga Mc D for our lunch... Yg penting Hazim happy...


Jom tengok gambar2 yg aku snap tadi... HAPPY BIRTHDAY HAZIM....




Faith @ The Great Doctor Episode 13

Hari ni dah pun tengok episode 22.... makin mendebarkan..

Kat sini aku sambung syer lagi Faith Episode 13

jom tengok per yg terjadi ngn Doctor...



Selasa, 23 Oktober 2012

Perkembangan baby SR~~ 33 minggu

Hari ni genap 33 minggu... kadang rasa sakit bila terkena BH Kontraksi... risau cam takut tebersalin awal... Hope baby SR bertahan yer sampai cukup 9 bulan @36 minggu...

Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah. 

Kebetulan p scan haru ti memang baby SR dah pun 2kg... muka ada iras Hazmi terutamanya mulut... tengok hidung plak lebih kpd Hazim... tak sabar nak tengok yg real kan... 


Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula. 

Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut. 

Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula. Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara natural? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara natural. 

Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 


aku ambil maklumat ni dari: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/perkembangan-fetus/33-minggu/#ixzz2A73p1t7C

Faith @ The Great Doctor Episode 12

Me dah pun tengok semalam sampai episode 20... hari ni nak tunggu episode 21 laks... makin tak sabar nak tahu kesudahannya...

So jom sambung tengok episode 12 k...

Faith Episode 12

Lee Min Ho
istimewa untuk peminat 




Sabtu, 20 Oktober 2012

Lunch today ~~Asam Pedas Ikan Pari~~

Tekak mak buyung rasa nak mkn asam pedas ikan pari... so pesan ngn my hubby kalau balik keje pagi td terus p pasar beli per2 yg patut... so bertungkus lumus nak masak gak... kang nanti dah berpantang... semuanya dapat tengok jer...

TAPI masak kali2 ni so2 jer... tak kick sangat coz cam tak pekat... nak kontrol pedas spy Hazim dapat mkn... kebetulan cili kering jenis yg pedas... terpaksa letak sket jer... huhuhu

per2 pun yg penting tekak mengidam tu terlaksana juga... alhamdulillah...

Faith @ The Great Doctor Episode 9

Sambung lagi Faith Episode 9 laks....


Jumaat, 19 Oktober 2012

Today is my day..~~ kontraksi Braxton Hicks~~

Hari ni 19/10/2012... it's my birthday... dah pun genap 35thn... dah mkn berusiakan... celebrate or hadiah... aku tak kisah pun sbb selama ni dapat wish dr my hubby dah cukup... semalam my hubby dah pun wish kat fb ... for me kasih sayang n pengorbanan yg telah diberikan selama 10 tahun kami berkahwin sangat2 mencukupi... dah pun ada dua hadiah terbesar dr nya Hazim n Hazmi... menunggu plak kelahiran org baru di awal Desember.. sangat2 menyempurnakan dan melengkapkan perhubungan kami... Semoga hidupku sentiasa diberkati, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur oleh NYA... aamiin...

So kembali pada kisah mak buyung sekarang laks... ngandung anak ke 3 ni lah pertama kalinya merasa kontraksi Braxton Hicks... kalau dulu tak der plak rasanya... first time kena ptg semalam dlm kol 4... sampai ke hari ni masih terasa sakitnya...

so google juga cari maklumat sal kontraksi ni... dan baca juga pengalaman org lain melalui blog... sudahnya semalaman tak dapat tido dek sakit... mula2 tu kompius gak takut dah nak beranak... muka pun dah pucat menahan sakit.. nak berdiri pun tak boleh... kelam kabut sediakan beg n peralatan bagai... tu lah hubby soh kemas awal2 malas katanya lambat lagi... huhuhu

My hubby stay p keje tapi prepare tunggu jer call dr aku... syukur alhamdulillah rupanya kontraksi palsu jer... tapi p sek hari ni nak berjalan pun susah... cabaran juga rupanya bila terkena cam ni...
harap2 baby bersabar lah duduk lagi dalam perut mama sampai minggu ke 38 k... Biar keluar jadi baby yg sihat...

So saper2 yg nak tau apa tu Braxton Hicks kontraksi... jom baca akuy copy paste dari sini

Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.
 
Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.
 
Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.
 
Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.
 
Bilakah saya harus memanggil doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika: Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.

Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.

Read more: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/antenatal-health/braxton-hicks/#ixzz29ixMjQmk

Faith @ The Great Doctor Episode 8

Sambung lagi faith Episode 8


Rabu, 17 Oktober 2012

Minggu Peperiksaan Akhir Tahun 2012

Minggu ni bermula hari Isnin 16/10/2012.... bermulanya peperiksaan akhir tahun bagi tahun ni...

Peperiksaan ni hanya utk tahun 3,4,5 dan 6 shj... sbb murid2 tahun 1 dan 2 yg mengikuti KSSR tiada peperiksaan... yg ada cuma peperiksaan sumatif... tiada markah cuma penilaian nya hanya mempengaruhi atau tidak mempengaruhi sahaja... kalau murid tidak mempengaruhi atau tak dapat selesaikan... Cikgu2 wajib minta murid selesaikan semula atau betulkan supaya semuanya menguasai...

me as a cikgu, mesti kena tanda kertas kan... so rasanya semua cikgu kat Malaysia ni tgh sibuk tanda gak kan... biasanya tak banyak paper tapi bila akhir tahun semua subjek exam, so  hari Isnin n Selasa sibuk tanda paper math 1 dan 2 tahun 5... hari ni sivik plak utk tahun 6... hari Jumaat plak menunggu paper Kemahiran Hidup tahun 4, 5 dan 6...

kredit kat pakcik Google utk gambar nih

So memang kena tanda cepat2... Syukur Alhamdulillah kertas math dah siap tanda tapi result tak best sgt... 2 org jer dapat A... 5 org dapat B.. dari 37 org... 14 org gagal... huhuhu.. sedih sangat... ni plak dok pulun tanda ketas Sivik thn 6.. nak siapkan malam ni juga...  tapi sempat plak dok update blog... 

SPSK pun tak siap lagi... esok kena semak smula kot2 ada lg yg tak lengkap... harap mak buyung ni sihat melaksanakan tugas... 

Untuk semua insan bergelar guru selamat menanda kertas peperiksaan...  

Faith @ The Great Doctor episode 6

sambung lagi Faith episod 6




Selasa, 16 Oktober 2012

8 Bulan @ 32weeks

Syukur Alhamdulillah... kandungan kali ni dah pun masuk ke minggu ke 32... senang cakap dah pun 8 bulan... kalau ikut kan ada lagi 8 minggu... tapi ikut pengalaman Hazim n Hazmi minggu ke 38 dah pun bersalin... Yg penting dua2 selamat n sihat kan...

Hari ni rutin check up lagi... Balik smula ke Klinik desa Skudai... kali ke 3 minum air gula free...

 picture dr en. google lah
harap2 yg terakhir lah... doa2 juga result nya nanti baik2 aja... 

Bacaan Hb pun maintain atas 11... hr ni 11.3mg... berat cam biasalah naik aja... dan kena tegur lagi sbb 2 minggu jer naik sampai 2 kilo... dah pun 69.7kg... hehehe
kadang2 rasa cam dah control makan, tapi naik juga... kata nurse kali ni, normal lah kan time ngndung ni berat naik aja... hehehe... makin membulat lah mak yong ni...  dah jadi cam dalam gambar ni tak agaknya.... hehe



 ngandung kali ni... rasa cam relax jer... beg aku n baby utk ke hospital pun belum kemas lagi... baju2 tambahan br beli semalam... yg lain semua guna dr abg Hazim n Hazmi... semuanya masih ok lagi...
so nak membasuh apa2 yg patut... harap2 plan menjadi n mak buyung ni rajin lah nak menyediakan kelengkapan yg patut... Ngee~~

so next appoinment 1/11/2012... nanti... lagi 2 minggu.. 

Faith @ The Great Doctor Episode 5

Jom sambung tengok episod 5 plak....

Faith @ The Great Doctor


Sabtu, 13 Oktober 2012

Faith @ The Great Doctor Episode 4....++Error 404 (not Found) lagi... Aduyaiiii++

Sebelum dalam entry lepas2 me ada kongsi drama korea dari Kimchidrama... tapi sedihnya start kelmarin bila nak buka dah timbul semula eror 404... semua dah hilang...

 asyik ini yg keluar

So aku yg memang peminat setia drama korea ni terpaksa cari alternatif lain ... so p kat sini plak... dramacrazy.net.... so kat sini aku syer lah link ni kan... saper2 yg nak sambung tengok citer Faith episode 4 ....


Jumaat, 12 Oktober 2012

Dah pun 31 minggu... lagi 9 minggu..

rutin bila ngandung... jom cek perut k... so hari Rabu baru ni appoinment ngn doktor @Klinik Kesihatan Tampoi.... sbb utamanay bila doktor sok csan lg nak tgk kedudukan uri ok atau tak...

so ke sekolah dulu cam biasa coz hantar hazim... pastu baru ke klinik... around 8.30 br ambil no.. tapi nasib baik x yah jumpa nurse so cepat lah sket proses... ambil darah (FBC)... utk cek kepekatan darah n kuman bagai... juga ambil darah utk cek Hb... cepat juga lah... dalam kol 11am dah sampai sek smula... rutin masuk kelas cam biasa...


bila check ngn doktor tak der tulis tgn
semua print dr komputer,,,

Syukur kali ni semuanya ok... Hb dah kembali atas 11... bacaaan nya 11.1... kedudukaan uri pun doc kata kat tepi... tgk baby pun semuanya normal n berat baby sekarang lebih kurang 1.6kg...

aku pun sejak ambil tambahan zat besi... dah makan baru ok sket... tak lah lembik jer macam sebelum ni... sangat suka bila rasa segar ajer... cuma baby semkn suka mengeras.. sometime tak tertahan gak... semput dibuatnya... baguskan juga kan baby aktif... lg risau kalau dia diam jer...

balik jer terus ke Klinik kesihatan Desa Skudai utk tentukan next appoinment... dan yg pasti next week 16/10 kena minum air gula free n check perut lagi.... Semoga semuanya selamat hingga ke penghujungnya... aamiin...

Sabtu, 6 Oktober 2012

Faith @ The Great Doctor Episode 1

jom tengok drama baru...
kalau kat Astro chnl 393 skrg ni pun tgh tayang gak tapi tajuk nya The Great Doctor..
tak pasti lak dah episode berapa... jom tengok dari mula...

MyKimchiDrama: Faith Episode 1  
tak dapat yg ni try ni lak k...

Faith Episode 1... dr dramacrazy...


Jumaat, 5 Oktober 2012

Durian oh Durian

biasanya bau dia jer dah buat aku nak muntah... tapi bila time ngndung jer mesti rasa membuak2 nak mkn... nasib baik lah tiap kali ngndung ada jer musim durian... hehe

time ngndung baby ke 3 ni pun terasa jer nak mkn... terasa yg bau nyer sgt lah sedap... kebetulan plak salah seorg cikgu ni ada dusun.. so kalau beli ngn dia kira durian fresh lah... jadi tak der lah bau yg tak menyenangkan... memang kemaruk jadinya...

Ni pun citer minggu lepas... beli ngn dia 4 biji jer... yg lain tu FOC k... jenuh aku nak mkn... sudahnya kasi jiran2 sket... memang puas hati n berbaloi lah duriannya...

masa ambil gambar ni
3 bj dah bg kat pengasuh Hazmi
ada yg aku dah mkn...
isi nya mantoopp

sebiji aku wat serawa durian petang tu juga... bagi juga pada jiran yg aku x bagi buah... ini lah kalau dah byk sgt kan... hehe
Biasanya aku prefer masak serawa warna putih mean guna gula putih jer.... dan yg paling wajib aku mesti tambah sagu sbb i really like to eat sagu.... ngee~~
tapi kalau ikut MIL, suka guna gula merah n my hubby suka mkn that way... tapi terpaksa lah dia ikut tekak mak yong yg masak kan... coz mak yong yg over nak mkn durian kan...kan...

cam ni lah rupa serawa durian aku 
cuma gambar ni kredit to google lah
aku tak ingat langsung nak snap gambar
ingat nak makan jer...hehehehe

Sabtu lepas utk sarapan aku masak lak pulut durian... tapi ada dua cara lah... Kedah style utk aku lah... my hubby cara dia... duriannya dicampur terus kat dalam santan yg dah dicampur ngn gula n garam... pastu makan ngn pulut atau nasi... me macam kat dalam gambar.. semuanya berasingan.. nak mkn ambil lah durian tu sket2... Sedap tak terkata... Kali ni memang agak kemaruk aku mkn durian...hehe
yg pinggan hijau tu set my hubby.
yg pinggan biru n santan dlm mangkuk for me

semasa dok menaip entry ni pun tekak sgt2 lah terasa nak mkn durian tapi tak der rezeki coz pg tadi masa cikgu yg ada dusun tu bw durian pg tadi kat sekolah... aku tak sempat nak beli... Cikgu2 lain dah beli dulu...huhuhu

nampak gaya tunggu durian yg kat rumah arwah nenek my hubby lah... kata FIL byk buah nya kali ni... harap2 dapat mkn durian fresh lagi....

To The Beautiful You Episode 16 ~Final Episode~

Jom tengok d last episode.... adakah mereka akan bersama... saksikan kesudahannya

To The Beautiful You Episode 16



Khamis, 4 Oktober 2012

Pertama Kali membeli Tutti Frutti

Minggu lepas... my hubby keje shift malam... so menjadi rutin selepas hantar Hazim ke sekolah agama... aku balik ambik hubby untuk lunch bersama.. jadinya memang ke food court Arena kat Jusco Taman U... memang dekat n sempat untuk makan n ambik Hazim balik kol 3.30...

hari pertama me decide nak makan chicken shop... hubby cam biasalah hubby ngn lamb chop nyer... berwestern lah kami... for me rasanya sedap n harga berpatutan... dan yg pasti aku suka minum 3 layer tea nya... memang terasa...


esoknya bersizzling plak... asalnya tekak mak yong nak mkn kueh tiaw kerang tapi tak der rezeki coz owner kedai tu p rehat... even dah hbs mkn nak tapau pun dia tak datang2 lagi... perasan tak mak yong order air yg sama lagi... hehe




tapi for me lah sizzling yg paling best kat Giant Tampoi... dah lama tak ke sana, tak tau lah kedainya masih beroperasi lagi ker tak... tambah plak sekarang kalau beli groceries pun biasanya kat Tesco Bukit Indah... Mkn sizzling pun kat situ... boleh tahan ajer sbb kedekut naa ngn sayur... rasa still ok...


hari ke 3 p sana baru lah aku n hubby decide nak beli tutti frutti... nak try test katanya sbb regenya leh tahan... pertama kali beli w/pun org dok kecoh jer sal tutti frutti  ni... tapi bila mkn berdua teringat lak kat kanak2 riang tu... kesian pun ada... harus bawa budak berdua tu mkn nanti...




Pertama kali membeli... me decide nak perasa vanilla... my hubby chocolate nya lah... topping nya ambil longan, kelapa laut n strawberry... dah timbang RM19.10... memang sedap lah kan...

So next time kalau mkn ber4, aganyak baper RM lah rege tutti frutti ni kan... hehehe

To The Beautiful You Episode 15

Last 2 episode.... jom tengok...

To The Beautiful You Episode 15



Kalau dah singgah Jangn Lupa Tinggalkan link/URL blog korang kat bawah..... Senang tuan blog ni nak wat kunjungan balas.......

~~Jom Tukar Link ~~