10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

Semakin dekat semakin berdebar rasanya.... w/pun dah ada pengalaman melahirkan Hazim dan hazmi.. namun pengalaman untuk setiap anak berbezakan... kadang BH kontraksi menyerang... terasa macam masa makin dekat... beg semua dah siap sedia... harap2 semuanya berjalan lancar..

So bila terbaca info ni kat FB terasa nak syer lak... padahal sblm ngndung dulu pun der baca gak tapi tak terasa sangat nak syer... Betapa hebatnya insan mengelar wanita kan...

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
===========================

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat berpuasa 2021 Ramadhan kareem

Mee Rebus Tulang ZZ Restoran ~~ Damansara Alif