Minggu Ke 37 baby SR


dah pun 37 minggu... rasa macam baru tau mengandung... sekarang menghitung hari nak tunggu baby SR keluar... berjalan sekejap dah sakit... Braxton Hicks selalu jer dapat... boleh tahan sakitnya...

Hari ni check up lagi jumpa doktor....Syukur Alhamdulillah... semua ok... next week 29/12/12 jumpa nurse plak... rutin seminggu sekali dh bermula...huhu...

Result check up tadi

Maklumat perkembangan baby ~~37 minggu dari babycenter

Berat bayi anda hampir 6.5 paun / 2.8 kilogram dan panjangnya lebih kurang 20 inci / 50 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda - dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar.

Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 1 inci / 2.5 sentimeter panjang. Sebenarnya, sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung.

Bercakap tentang rambut, hampir semua bulu lanugo yang menyaluti bayi anda dari masa dia 26 minggu sudah hilang, begitu juga sebahagian besar verniks kaseosa, iaitu bahan yang putih yang membalutnya. Bayi anda akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi-sekresi lain dan menyimpan semua ini dalam ususnya.
Ini semua akan menjadi buangan najis pertama bayi, iaitu bahan kehitaman yang bergelar mekonium.

So... me, my hubby, Hazim n Hazmi cam dah tak sabar nak jumpa baby SR... tapi baby SR cam seronok lagi dok dalam perut mama... Baby SR nak kuar sama cam abg long n abg ngah masa 38wks... atau lagi cepa???t... atau lg lambat???... aper2 pun semoga baby SR keluar dengan selamat... ....aamiin....

Comments

  1. moga bby keluar dgn selamatnya..

    *mcm mna nak follow ni? terhadang la kt bhgian follower tu*..

    ReplyDelete
  2. Mimie Najib... sory kesilapan masa update tadi... dah boleh follow kan... TQ

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat berpuasa 2021 Ramadhan kareem

Trolley memudahkan. Kemas dan mudah