Jom share sama2 info dpt dari FB Ustaz Dr Hj Zaharuddin Abd Rahman: Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain. Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya "pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini" Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata "kita kena kembali kepada Islam" Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu. "Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya. "Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"