Klik2 TaBuNg UnTuK HaZiM n HaZmi

Pengikut

Isnin, 21 Januari 2013

King of Baking, Kim Takgu @ Bread, Love and Dreams ~Episode 1~

Kali ni nak syer citer lama thn 2010... tapi aku baru jer tengok sbb tertengok encore citer ni kat channel 392 KBSW... sangat best citer ni... penuh emosi.. Jom tengok


 Sinopsis citer ni...

"King of Baking atau Bread, Love and Dreams" mengisahkan kehidupan Kim Tak-Gu daripada tahun 1970-an  hingga akhir 1980-an bila dia menjadi pembuat roti yang sangat terkenal di seluruh Korea.

Pengerusi Syarikat Geosung Bakery, Koo Il-joong (Jeon Kwang-Leol) mencintai Kim Mi-soon (Jeon Mi-Seon), tetapi ibu Koo Il-joong menentang hubungan tersebut. Oleh sebab itu, untuk keselesaan hidup dia berkahwin dengan Suh In-sook (Jeon In-Hwa). Mereka mendapat dua orang anak perempuan iaitu Ja-kyung dan Ja-rim tetapi tiada anak lelaki. Tidak lama kemudian, Il-joong berkahwin lain dengan orang yag benar-benar dicintainya iaitu Mi-Soon dan mereka dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Tak-gu.

In-sook takut jika satu hari nanti Tak-gu mungkin menjadi waris kepada Geosung baking company, akhirnya In-Sook menjalin hubungan dengan setiausaha syarikat bernama Han Seung-jae (Jeong Seong-Mo). Mereka mendapat anak lelaki dan diberi nama Ma-joon (Ju Won). Beberapa tahun kemudian, pada satu malam ketika hujan, ibu Koo Il-joong terdengar perbualan antara Han Seung-Jae dan In-sook. Beliau pengsan dan meninggal dunia. Ketika kejadian inilah In-sook kehilangan gelang tangannya dan telah ditemui oleh Ma-joon. Ma-Joon kini tahu siapa bapanya yang sebenar.

Sementara itu, untuk melindungi Kim Mi-Soon dan Tak-gu, Koo Il-Joong mengarahkan seorang lelaki bernama Jin-Goo (Park Seong-Woong) untuk menculik mereka. Seo In-Suk dan Han Seung-Jae berhasrat untuk membunuh Tak-gu, tetapi dia dapat melepaskan diri. Akhirnya Tak-gu bertemu dengan mentor hidupnya bernama Pal-Bong (Jang Hang-Seon) , yang menjalankan perniagaan Palbong Bakery.

Sementara itu, Tak-gu bertemu Yoo-kyung (Eugene) ketika masih kanak-kanak lagi. Dia hidup dengan susah dan seorang ayah yang tidak berhati perut. Tetapi bila Tak-gu berpindah ke rumah Koo Il-joong sebagai anak sulungnya, mereka telah terpisah.
12 tahun kemudian, mereka bertemu lagi dan cinta mereka semakin mekar. Malangnya, kini Yoo-kyung percaya bahawa duit adalah segalanya berbanding dengan cinta! Kemudian Yoo-kyung meninggalkan Tak-gu dan berkahwin dengan Ma-joon. 
 
nak tahu kesudahannya mestilah tengok semua 30 episode citer ni...
Drama ini dibintangi oleh Yoon Si-Yoon, Joo Won, Lee Young-Ah, Eugene, Jeeon Kwang-Leol dan ramai lagi.
Kalau dah singgah Jangn Lupa Tinggalkan link/URL blog korang kat bawah..... Senang tuan blog ni nak wat kunjungan balas.......

~~Jom Tukar Link ~~