Cuti hujung minggu Jumaat atau Ahad

As salam...
Rasanya ramai yg dah tahu... start awal tahun ni.. Johor telah pun tukar cuti hujung minggu dari Sabtu dan Ahad ke Jumaat dan Sabtu...

So.. Peringkat permulaan... rata2 warga Johor agak susah menerimanya.. tambah lagi ianya tidak berkuat kuasa kepada semua... hanya pihak2 tertentu2 sahaja terutamanya gomen... ada juga pihak2 lain yg ikut serta TETAPI kebykkn pihak swasta masih lagi bercuti pada Sabtu dan Ahad...

Masalahnya... bila sama2 keje gomen ataupun yg cutinya sama.. xde masalah.. tapi bagi yg serg gomen.. sorg lg swasta... sangat2 terasa tiada lagi kuantiti masa cuti bersama keluarga... mencari kualiti masa bercuti..
apatah lagi kalau my hubby yg keje shift.. lagi2 terasa..

Mula2 dulu.. x lah rasa sangat... tapi skrg ni.. dah xde masa nak bercuti... Yg mengumumkan cuti ni dulu announce dah kaji betul2 ke tak... atau ada sebab yg tak terucap perlu ubah hari cuti hujung minggu...

Yg hari ni... isteri bekerja... suami kat rumah... nanti jumaat plak suami bekerja.. suami kat rumah... yang hari Saibtu tu bercuti.. ok lah ada juga hari sabtu... yg sabtu bekerja.. bila nak berholiday... moralnya dok umah.. simpan duit...huhuhu

Kalau kat sek... peratus kehadiran murid pada hari Ahad... xde nye 100%.. sbb... fikirlah sendiri..

Mungkin ambik masa untuk merima perubhn ni... walaupun ada kebaikkannya..

TAPI... sangat2 merindui malam minggu dan weekend bersama suami n anak2...

Penangan Mak buyung dah masuk 31weeks...
Mulalah rasa tak terlarat nak membawa... makanya terluah juga di sini tentang cuti...

Makin x larat makin memerlukan yg tersayang sentiasa di sisi..
Masih bersyukur kerana suami tersayang sentiasa disisi berbanding suami yg jauh diperantauan...

Bestnya andai dapat bersantai di sini...





Comments

Popular posts from this blog

Selamat berpuasa 2021 Ramadhan kareem

Mee Rebus Tulang ZZ Restoran ~~ Damansara Alif