Klik2 TaBuNg UnTuK HaZiM n HaZmi

Pengikut

Isnin, 23 Mei 2011

.:Dapat Surat Cinta dari Hazim:.

As salam

Minggu lepas masa ambil Hazim dari rumah Mak Nab.... Tetiba Mak nab bagitau Hazim der tulis surat utk mama.... Siap ambil envelope jemputan kawin mak Nab... Tak terfikir lah apa yg Hazim tulis... So minta lah surat tu nak tengok....

Sudahnya ini yg Hazim tulis.... korang nak tau jom tengok kat bawah ni.....

Sudahnya bila dah baca.... faham sendirilah yer... kena masakkan.... Hazim nak mkn puding.... Jadi petang tu jugak terus p beli bahan2 nak wat puding... Plan nak masak terus malam tu tapi cancel... penat sudah... balik sekolah hari Khamis baru masak puding utk Hazim... Puas gak dok belek2 buku resepi sbb memang dah lupa cara nak masak... lastly... menjadi juga pudingnya... balik dari rumah makn nab petang Khamis tu terus Hazim mkn... Tak lekang kat mulut wish terima kasih sbb mama masakkan puding utk Hazim... Siap wat sarapan esok paginya...

Ini lah rupa puding utk Hazim...

Nak syer resepi puding berkuah di sini.... saper nak try insyaallah.... senang... setakat ni buat menjadilah dgn izin Allah...

bahan2 utk puding
1 cwn tepung castard (apa2 jenama pun boleh)
6 cwn air (cawan yg sama utk sukat tepung juga yer)
3/4 sudu besar gula pasir (kalau nak lagi manis korang tambah n rasa sendiri lah yer)

cara2 nak buat >> campurkan semua... kacau biar tepung kastard sebati... panaskan di atas api n kacau sehingga warna  bertukar menjd warna kuning berkilat (lbh kurang 10 - 15 minit).. dah jadi warna kuning berkilat boleh tuang dalam loyang atau apa bekas yg korang suka... tunggu hingga sejuk simpan dalam peti sejuk...

Utk kuahnya...
1 tin besar buah2an campuran (apa jenama pun boleh)
2 tin susu cair
2 gelas air (400 ml)
6 sudu besar gula pesar (ni pun boleh tambah ikut selera korang)
1 sudu besar tepung castard
1 biji telur
1 sd teh esen vanilla

cara nak buat >> campurkan semua... kacau sekejap diatas api 3 - 5 minit.... dah siap tuang dalam bekas n simpan dlm freeze.... dah sejuk mkn lah dgn puding tadi....
JGN masak/ kacau diatas api terlalu lama... nanti tak menjadi kuahnya rasa berpasir sbb susu dah mendidih...

Selamat mencuba.....

2 ulasan:

Idayu berkata...

pandai hazim tulis surat! comeyy...:)

shila berkata...

Ayu... dah rajin nak menulis w/pun tulisannya tak lah cantik lagi... memang dia sekrg suka membaca n nak balaja menulis... ok lah

Kalau dah singgah Jangn Lupa Tinggalkan link/URL blog korang kat bawah..... Senang tuan blog ni nak wat kunjungan balas.......

~~Jom Tukar Link ~~