.:Selamat Hari Guru ~ 16 Mei 2012:.

Setiap tahun pasti semua insan yg bergelar guru sangat2 menghargai tarikh 16 Mei.... Sebabnya sambutan Hari Guru... sekurang2 nya ada lah satu hari di mana bagi insan yg tahu menghargai.... dapat melafaskan Selamat hari Guru bagi tujuan mengucapkan terima kasih diatas segala pengornaban guru mendidik dan mengajar mereka...

walaupun rata2 sekarang ramai yg kurang berpuas hati dengan tugas guru... pelbagai andaian yg diberikan kepada guru.... Kami para guru benar2 mengerti jerih payah dalam mendidik anak bangsa kita... dengan cabaran sekarang dan sikap kanak2 dan remaja sekarang yg sangat mencabar kewibawaan cikgu... kami para guru tetap sabar dan tabah bagi memastikan ada insan yg dididik berjaya pada masa depan...

Seanadainya kejayaan yg diperolehi... diiringi dengan ucapan terima kasih kepada guru... itu sudah memadai bagi kami para guru... Bukan balasan yg kami pinta... cukuplah sekadar menghargai sedikit pengorbanan yg telah kami lakukan.... "Terima Kasih Cikgu"

Pelbagai aktiviti yg dirancang bagi memeriahkan sambutan hari guru setiap tahun... dan bagi murid2 yg berkemampuan biasanya memberikan hadiah kepada guru yg disukai... Terima kasih kepada semua...

berkesemapatan dengan ini aku juga ingin mengucapkan selamat hari guru kepada mak, k.tun, chik, pak teh dan semua saudara mara yg menjadi cikgu... juga kepada semua rakan taulan dan sahabat yg bergelar cikgu... juga guru2 yg telah dan pernah mendidik aku sehingga berjaya.... Semoga kita semua ikhlas dalam menunaikan amanah kita... "Selamat hari Guru"

Sekadar luahan perasaan seorang cikgu yg ingin berkongsi dengan semua teman yg membaca blog ini....

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.








P/S.... tak sabar menantikan acara guru esok... yg pasti "mak tiri" ni jarang dapat hadiah....huhuhu 

Comments

Popular posts from this blog

Selamat berpuasa 2021 Ramadhan kareem

Mee Rebus Tulang ZZ Restoran ~~ Damansara Alif