CNY Vs Limau Mandarin dan khasiatnya

Dah pun start cuti esok... So sempena CNY ni aku nak wish 
Gong Xi Fa Cai kepada sesiapa sahaja yg menyambutnya...

dan yg pasti setiap kali sambutan perayaan CNY ni pasti byk limau mandarin yg ada di pasaran
dan aku pun x terlepas dok makan limau ni sambil tonton TV n update blog
My hubby dapat free dr kilang nya adalah juga hampir 20bj
dan aku jer yg dok mkn sorang2

aku suka yg masam2 manis

jom kita syer apakah kebaikan atau kelebihan limau mandarin nih

Khasiat yang ada di dalam limau mandarin, kandungan Vitamin C yang tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.
Vitamin B pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Serat tinggi yg larut dlm air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan.
Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru-paru dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.
limau mandarin menjadi simbol kekayaan bagi masyarakat Cina dimana dijadikan buah tangan ketika berziarah dalam perayaan Tahun Baru Cina. Ramuan utama dalam kosmetik dan penjagaan wajah terutama losyen jerawat.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat berpuasa 2021 Ramadhan kareem

Kimcham Choy @ Bunga Lili Kering @ Bunga Pisang